Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tahun Baru 2012

Terlalu cepat rasa nya 2011 berakhir, kini muncul pula tahun 2012 yang tidak kurang hebatnya.

Hari ini merupakan hari ke- 5 dalam 2012. Belum sempat merasai kemeriahan tahun baru dan Pesta Kaul, kini hari mengingak dengan cepat!

Secara peribadi saya rasakan pengakhiran tahun 2011 merupakan pengakhiran yang paling hambar saya rasakan. Kemeriahan Hari Krismas saya pula dicemari dengan kesihatan yang terjejas, menyebabkan saya tidak dapat bersembahyang di Gereja seperti tahun-tahun yang sudah. .. :(.. Terasa sambutan Krismas kurang meriah. Kunjungan rakan taulan dan sanak saudara juga tidak meriah seperti tahun 2010. Banjir dan hujan lebat pula pada tarikh ini. Saya tidak menidakkan kehendak Tuhan, saya pasti setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Biarpun hujan lebat dan banjir 4 sahabat baik saya tetap datang bertandang. Terima kasih sahabat.. :)

Untuk tahun ini ulangtahun perkahwinan kami disambut dengan sederhana. Diwarnai dengan kehadirian adik beradik, ibu bapa, snow cheese cake & pelbagai lauk pauk lain. Tahun ini pula, saya dan hubby bercadang untuk menjemput semua penduduk kampung kami untuk memeriahkan sambutan. Berharap sangat agar rezeki pada tahun ini pun lebih baik berbanding tahun sebelumnya..

Akan diupdate lagi nanti..:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

4 tahun yang terindah



Selamat petang dan salam sejahtera...

Lama sy tak update entry dalam blog yang tak seberapa ini. Banyak peristiwa berlaku dalam beberapa hari yang lalu.. Ini termasuk majlis perkahwinan sepupu yang merangkap sahabatku dari kecil..Memang meriah susana, namun terselit juga kesedihan dalam hati ini...Terlalu sulit untuk diungkapkan kenapa hati saya bersedih. Sebelum dia pergi ke rumah pengantin perempuan, doa saya untuk sepupu saya agar tabah hati menjalani kehidupan baru. Sempat saya berpesan agar dia tidak "mendengar" kata2 orang yang ingin meruntuhkan kebahagian yang dia kecapi...


4 tahun lepas dalam persalinan kaum Melanau. :)

Hari ini pula merupakan ulangtahun perkahwinan saya dan hubby yang ke-4. Terlalu banyak peristiwa manis yang saya simpan dalam kotak pemikiran ini. Tidak mampu untuk dizahirkan dengan kata2 dan lukisan mahupun gambar. Terlalu manis. Ini lah keputusan yang pada mulanya berat untuk saya ambil, namum saya bangga kerana keputusan ini merupakan keputusan yang terbaik yang pernah saya lakukan; iaitu mengahwini suami saya..

Kami tidak merupakan pasangan yang kaya kebendaan dan wang, tetapi saya percaya kami kaya dengan kasih sayang dan perasaan cinta terhadap satu sama lain. Sepanjang perjalanan 4 tahun ini, kami saling bertolak ansur dan saling mempercayai dalam menyulam cinta. Tiada pergaduhan berlaku. Mungkin bagi orang ini adalah mustahil, tetapi bagi kami, sebolehnya sentiasa membahagiakan satu dengan yang lain. Tidak bergaduh dan kurangkan perasaan yang mengundang pergaduhan, kerana pada kami, kita tidak tahu bila pasangan kita akan dijemput oleh Tuhan. Jangan kita menyesal di kemudian hari..Hargai pasangan kita selagi dia masih bernyawa dan masih dipinjamkan oleh Tuhan kepada kita..

Jangan hanya mengejar kekayaan duniawi, tetapi sinari kehidupan dengan cinta yang sejati dan bukan kecurangan. Selitkan dalam doa seharian agar Tuhan memberkati ikatan suci ini..

Doa saya sempena ulangtahun ke-4 ini, semoga perasaan cinta dalam diri kami akan berpanjangan sehingga akhir waktu.. Dan hanya Tuhan yang boleh memisahkan kami, iaitu maut.. Mohon kalian juga mendoakan kebahagiaan kami dan kurniakan kami dengan cahayamata yang kami tunggu2 selama ini...

Salam sayang semuah.. Bercintalah dengan sepenuh hati...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pesta Balau 2011

Selamat petang dan selamat bertugas bagi yang bertugas..
Hari ini merupakan hari kemuncak Pesta Balau di pekan tempat sy tinggal.
Kalau anda bukan orang tempatan, mesti anda tak tahu apa itu "BALAU". Balau adalah perkataan dalam bahasa Ibunda saya, Melanau yang membawa maksud pokok rumbia/ sagu. Balau merupakan sumber rezeki bagi penduduk di kampung2 sekitar Dalat.. Even hubby saya pun membuat business membeli Balau.. Tepung kanji adalah berasal dari pokok Balau yang telah diproses..



Hujan renyai2 dan sekejap lebat sedikit sebanyak mengganggu mood untuk berjalan di gerai yang menjual pelbagai jenis barangan di sini. Terdapat lebih kurang 200 buah gerai, sampaikan mata saya naik juling. Tak tahu nak pergi gerai yang mana satu. Terlalu banyak barang yang saya berkenan.. Tapi gaji belum masuk, so saya kena pandai berbelanja mengikut kemampuan dan bukan nafsu.

Dalam perancangan CM dan Isteri beliau akan hadir pada pukul 3.00 petang nanti. Tapi keadaan cuaca kurang elok, entah jadi atau tidak beliau bertandang ke Pesta Balau ini. Saya mengambil kesempatan untuk pergi menjenguk dan merakamkan beberapa gambar untuk dikongsikan bersama pembaca semua..






Gambar Pesta balau adalah ihsan daripada En. Freddy Amil
Kredit untuk En. Freddy

Dalam kesibukkan berjalan di gerai, saya menelefon sang hubby untuk meminta dia menemankan saya lunch hari ini. Tapi panggilan sy tidak berjawab. SMS pun tak reply. Hati sy tak sedap.Mesti ada sesuatu yang berlaku. Selang 10 minit kemudian, sang hubby menelefon kembali menyatakan dia berada di hospital. Sepupu hubby eksiden. Teruk juga..Sy bergegas ke hospital, kelihatan kepala sepupu luka teruk, siku dislocate dan lebam serta calar2 di beberapa bahagian tubuh. Kesian.. Rupa-rupanya dia telah mengalami kemalangan pada kira2 pukul 3 pagi tadi. Polis peronda telah menjumpai sepupu tidak sedarkan diri pada kira2 pukul 5 pagi. Bayangkan berapa lama sepupu pengsan. Ternyata kehilangan banyak darah. Polis menghantar sepupu ke rumah dan bukannya ke hospital.. Apa2 pun terima kasih diucapkan kepada polis berkenaan...

Oleh hal yang demikian, kita sebagai manusia biasa harus sentiasa berwaspada dan berhati-hati. Bergembira dalam kesederhanaan. Sebab dalam kita bergembira pasti ada yang derita..
Salam sayang semua dan selamat berhujung minggu...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tuhan~ Tabahkan hati saya...

Selamat petang semua. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua rakan yang beragama Islam..


Perkongsian saya kali ini merupakan sesuatu yang saya rasakan yang paling sedih dan personal.
Cuti sekolah ini memberi peluang kepada saya untuk meluangkan masa dengan family terutamanya ibu bapa saya..

Disebalik kegembiraan dan kemesraan ini, rupa-rupanyan Tuhan telah selitkan sedikit duka. Duka yang bukan sedikit saya rasa..Kesihatan papa saya memang tidak menentu kebelakangan ini. Makin ketara dua tiga hari lepas. memandangkan saya sedang bercuti saya telah memujuk papa saya untuk pergi membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital kerajaan yang berdekatan. Dan papa saya bersetuju.

Setelah filem xray diserahkan kepada saya, saya melihat ada sedikit kecacatan pada imej paru-paru papa saya. Mati2 saya ingatkan paru-paru papa yang bermasalah. Pada mulanya MA yang bertugas tidak menjelakan apa2.(MA berkenaan merupakan kenalan rapat papa saya)
Saya memberanikan diri untuk bertanya tentang imej berkenaan..

Rupa2nya bukan paru-paru papa yang bermasalah, tetapi JANTUNG papa telah kembang..
Lantas papa saya berkata, Along, nampaknya lepas ni papa tak boleh terkejut..
Saya hanya mampu mendiamkan diri sambil berbincang dengan MA untuk membuat pemeriksaan susulan yang lebih teliti..

Kami adik beradik berbincang untuk menghantar papa ke Rejang Specialist Center.

Tuhan tabahkan hati kami sekeluarga terutamanya Mama kami. Permudahkan segala urusan.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sy kini menjadi orang yang menyimpan dendam!


Selamat Sejahtera..


Benar kata orang pengalaman mendewasakan kita. Namun bagi saya pengalaman membuatkan saya serik! Pengalaman ini saya kongsikan khas untuk pembaca semua. Bukan niat dihati untuk mencemuh, tetapi ini sebagai pengajaran kita bersama. Kadang-kadang ikatan kekeluargaan membuatkan kita alpa dan lalai.. Lalai sehingga membenarkan mereka untuk memijak kepala dan menikam kita dari belakang. Cemburu melihat kejayaan kita, namun mereka sendiri tidak pernah berusaha untuk mendapat kejayaan yang diidamkan. Tapi ingin berjaya dengan mudah. Hairan! sanggup melihat darah daging sendiri menderita..

Perasaan marah ini saya simpan dalam hati sehingga menjadi racun tanpa saya sedari. Bagaimana saya dapat merasai racun ini akan memakan diri saya? Alkisahnya saya dan suami pergi ke Kuching baru-baru ini. Kami berjumpa dengan seorang pengamal perubatan cina, yang mana mampu menilik. Masa ini lah beliau memberikan kata2 nasihat pada saya.. Ujarnya, sekiranya saya menghadapi tekanan dan timbul perasaan dendam di hati, bawa bersembahyang banyak-banyak. Jangan pernah berfikir untuk membalas kejahatan orang. Sebab Tuhan akan membalas setiap kejahatan yang pernah dilakukan oleh manusia. Kata2 nasihat beliau sedikit sebanyak mencucuk dalam hati saya sehinggakan saya mengalirkan air mata. Kerana sekiranya suami saya tidak membawa saya berjumpa beliau, mungkin dendam ini akan memakan diri saya. Biar apa orang nak buat, sabar adalah paling utama. Namun saya pasti kesabaran kita ada batasnya.

Kini saya cuba untuk mengatasi perasaan dendam dalam hati. Melepaskan semuanya kepada Tuhan. Kerana saya percaya Tuhan itu Maha adil.. Saya juga percaya kepada karma.
Rakan sekalian, berubahlah sebelum terlambat. Berubah sebelum dendam dihati memakan diri.
Biar perbuatan mereka ini kita ingati dan jangan menyimpan dendam dihati..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

kehilangan seorang lagi insan...:( lagi...



Salam sejahtera dan salam perpaduan semua..

Sejak kebelakangan ini banyak pula masalah timbul dalam keluarga sy. Setelah berhempas pulas menepis dugaan ditikam dari belakang oleh saudara sendiri dan mengharungi dengan jayanya, kini kami sekali lagi berdepan dengan kehilangan seorang insan yang penting dalam hidup suami saya.. Bapa angkat suami telah meninggal dunia pada petang Selasa.. Terlalu sedih untuk difikirkan. Belumpun terubat kelukaan kehilangan pak usu tempoh hari, kini Tuhan menguji kami dengan memanggil kembali bapa angkat suami.

Baru masalah lama hendak selesai, timbul pula yang satu ini. Bukan niat dihati untuk merungut, cuma dalam hati ini terbit sedikit keinsafan. Bahawa Tuhan boleh memanggil pulang seseorang pada bila-bila masa. Kita sebagai manusia perlu bersedia untuk menghadapi semua ini. Memang sebelum ini saya sering mengingatkan diri agar sentiasa bertolak ansur dalam perhubungan suami isteri khasnya, kerana kita tidak tahu bilakah pasangan kita ini akan dipanggil oleh Tuhan. Saya tidak mahu menanggung perasaan bersalah seumur hidup ini. Jadi, sekiranya kita pernah berkasar bahasa dengan pasangan tak kira suami atau isteri, ringankan mulut untuk mengucapkan kata maaf. Jernihkan suasana sebelum terlambat. Kalau boleh, selesaikan masalah sebelum kita tidur, supaya boleh tidur dengan aman dan menghadapi hari esok dengan penuh semangat.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah lucu yang saya perlu kongsikan..

Selamt petang dan salam perpaduan semua...


Kali ini saya ingin berkongsi tentang peristiwa yang saya sendiri alami dan saya rasa sangat lucu dan menarik untuk dikongsikan bersama.
Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pejabat kewangan yang terletak di Bandar Sibu. Urusan saya memerlukan saya mengisi butir2 peribadi suami saya secara online, di mana petugas di pejabat tersebut yang memasukkan maklumat..
Tiba-tiba dia menyoal saya "Kamu tahu nama suami kamu?". Tanpa diduga dan dirancang, saya dan adik saya yang menemani saya pada ketika itu ketawa. Bukan niat saya untuk mentertawakan orang lain, tetapi kenapa boleh terjadi menyoal soalan begitu kepada pelanggan anda.. Sebelum ini, perempuan ini asyik bercakap dalam bahasa inggeris dengan saya. (tunggang tebalik juga lah). Walaupun saya hanya graduan dari universiti tempatan, kalau simple english, masih boleh lah saya menutur dengan baik.

Jadikan segala yang berlaku sebgai ikthibar. Jangan terlalu memandang rendah terhadap orang lain. Tengok! Kan dah tersalah tanya soalan..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments